Dasar KPD

PROGRAM PERLADANGAN KONTRAK

Program Perladangan Secara Kontrak yang diperkenalkan dan dilaksanakan oleh KPD sejak tahun 1991. Suatu pakej pembangunan yang lengkap dan mengandungi kesemua keperluan seperti input pertanian, khidmat nasihat, latihan, pengangkutan, pemprosesan dan pemasaran. Penyertaan petani/peserta adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma tertentu. KPD akan membeli balik semua hasil dan produk daripada para petani


MEKANISMA PERLADANGAN KONTRAK:

* Tanah - Dimiliki oleh petani

* Tenaga buruh - Petani dan ahli keluarga

* Pengurusan - Petani sebagai pengurus ladangnya

* Modal Pinjaman - Input pertanian secara kredit daripada KPD

* Latihan, Nasihat Teknikal Dan Ekonomi - Diberi oleh KPD

* Pasaran - Disediakan oleh KPD

* Pengangkutan - Disediakan oleh KPD

* Pembayaran Balik Pinjaman - Melalui potongan hasil jualan

* Pendapatan Petani - Semua lebihan (Surplus) sesudah ditolak potongan pinjaman

* Simpanan Wajib 5% - 10% daripada pendapatan petani (jika perlu)